BAB 5 NIAT
Semua perkara bermula dengan niat. Namun niat hanya boleh satu. Ia perlu mematuhi ayat 56, surah Ad-Dzariyat yang bermaksud,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Mudah dan jelas. Umrah dan ziarah wajib dilakukan sebagai satu amal ibadat kepadaNya. Semata-mata keranaNya. Semata-mata keranaNya. Semata-mata keranaNya dengan bersungguh.
Kami bertemu dengan ramai jemaah. Ada juga yang menyebut ... saya datang kali ini kerana membawa anak-anak menunaikan umrah. Diulang-ulang dengan bersungguh seolah-olah itulah tujuan utama.
Lalu – secara hakikatnya – beliau membawa anak-anak beramal ibadat bukannya beliau yang mahu beramal ibadat. Ia jatuh tahap kedua. Mungkin lebih mudah menyatakan ... "Alhamdulillah kerana diberi rezeki untuk menunaikan ibadat umrah bersama anak-anak".
Lalu ajarlah anak-anak kaedah berumrah dan berziarah dengan betul dan sempurna. Kebiasaannya, ibu bapa mengikut rentak anak-anak.
Kami juga mendengar ada yang berkata ... ada konferens di Madinah. Terlanjur di sini, buat ajelah umrah.
Perkataan ajelah melambangkan tahap kesungguhan. Ia tidak dapat ditelah sepenuhnya bagaimana ibadat umrah dan ziarah ini pada hati dan perasaan.
Ada juga yang menjadikan Makkah dan Madinah sebagai rutin tahunan untuk hadir. Alhamdulillah ... namun nikmat berada di Makkah dan Madinah belum tentu lagi dapat diterjemahkan sebagai nikmat beramal ibadat sepenuhnya.
Boleh atau tidak begitu?
Lalu menarik bagaimana umrah disebut oleh Allah SWT melalui ayat 196, surah Al-Baqarah yang bermaksud,
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrahkerana Allah ....
No comments:
Post a Comment